Generasi kini merupakan jentera @ mekanisme yang akan berperanan membantu pihak kerajaan dalam memajukan negara sama ada di bidang rohaniah @ fizikal.Sandaran ini mempunyai asas agar generasi kini dapat menjadi modal insan yang bukan sahaja memperkuat kehidupan bermasyarakat tetapi juga akan dapat menjadi pemangkin dalam meneruskan keamanan,kemantapan dan kemakmuran negara.Kita turut berbangga dengan kehadiran sistem telekomunikasi ( 3G ) ,hotspot WI yang merupakan antara teknologi yang menembusi pasaran terkini.Antara langkah-langkah yang di ambil bagi memastikan golongan pemangkin negara ini untuk mendapatkan pendedahan ICT yang terbaik ialah:
1.Peranan yang di mainkan oleh pihak kerajaan akan sentiasa membantu golongan -golongan pemangkin negara ini untuk maju seperti dengan memperkenalkan pelan jalur lebar kebangsaan telah membolehkan kadar celik internet meningkat tahun demi tahun.
2.Langkah kerajaan membestarikan semua sekolah dengan menyediakan pelbagai kemudahan dapat memberi pendedahan awal di sekolah dan ianya amat penting agar generasi akan datang dapat mengharungi cabaran modenisasi.
3.Peranan yang di mainkan oleh pihak pengajar di sekolah iaitu denan memberi galakkan dan merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT untuk memastikan aktiviti yang di laksanakan memberi input yang baik kepada pelajar.
4.Peranan yang di mainkan oleh ibubapa juga amat penting dengan memberikan galakkan dan pendedahan awal kepada anak-anak merka di rumah dalam penggunaan IT .
5.Peranan yang di mainkan oleh golongan muda itu sendiri penting iaitu mereka juga perlu berani untuk menyerap perubahan dan berdaya tahan tinggi di dalam mengharungi dunia yang serba moden.
generasi muda adalah mutiara negara yang tidak ternilai harganya.Mereka adalah generasi yang akan terus menjamin kesejahteraan dan ekonomi negara agar terus berkembang dengan pesatnya.Bagi mencapai impian tersebut
ReplyDeleteMereka mestilah memperlengkapkan diri dengan kemahiran ICT dan berinovasi agar dapat bersaing maju dengan masyrakat luar.
Untuk menjayakan sebuah negara dengan ict sememangnya remaja sekarang menjadi pelapis untuk masa akan datang.Antara langkah yang perlu di ambil oleh remaja masa kini adalah:
ReplyDelete1. Rebutlah peluang yang ada untuk memajukan diri.
2. Jauhkan diri daripada penyakit sosial yang boleh merosakkan diri dan meruntuhkan akhlak.
3. Anggaplah cabaran hidup sebagai satu perkara yang mesti ditangani dengan sebaik mungkin dan bukan lari darinya.
4. Jadilah seorang remaja yang bermotivasi dan boleh menerima perubahan demi untuk kebaikkan.
5. Lengkap diri dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ict
ROZANI SULAIMAN(A 134822)
Saya amat bersetuju bahawa membudayakan ICT di kalangan remaja adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan sesebuah organisasi di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
ReplyDeleteSITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )
Untuk membudayakan ICT di kalangan remaja, adalah mustahak mereka diberi galakan dan pengukuhan di rumah sebagai peneguhan kepada asas-asas yang dipelajari di sekolah. Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa peranan ibu bapa dalam pembudayaan ICT di rumah masih belum luas dan menyeluruh. Justeru itu institusi pendidikan formal menjadi agensi tunggal memainkan peranan terpenting di sini.
ReplyDeleteNOR RINA MAHAWAR (A134817)
Peranan generasi muda dalam memajukan negara amat penting kerana mereka adalan penyambung warisan negara. Justeru itu mereka perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mempelajari ICT. Peranan pelbagai pihak seperti kerajaan, pihak sekolah dan ibubapa amat penting untuk mendedahkan diri remaja dengan ICT.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju bahawa generasi IT pemangkin negara adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut
ReplyDeletePenggunaan teknologi adalah amat baik dalam bidang kejururawatan kerana ia membantu mereka menyediakan khidmat penjagaan yang berkualiti dan mengurangkan kesilapan manusia atau merancang rawatan yang disediakan
ReplyDeleteTeknologi dapat menyumbang kepada penjagaan kesihatan yang efisien, berkualiti dan selamat dan dapat meningkatkan cara jururawat membuat keputusan dan jagaan pesakit selain mengurangkan bebanan tugas.
Saya setuju dengan semua pertanyaan diatas. Bermula dari generasi mudalah perubahan negara kearah kecermelangan akan tercapai disamping penggunaan teknologi dari semua sudut samaada dari pendidikan, perubatan dan sebagainya.
ReplyDeleteNURUL AINIL AKMAL A134820