Generasi kini merupakan jentera @ mekanisme yang akan berperanan membantu pihak kerajaan dalam memajukan negara sama ada di bidang rohaniah @ fizikal.Sandaran ini mempunyai asas agar generasi kini dapat menjadi modal insan yang bukan sahaja memperkuat kehidupan bermasyarakat tetapi juga akan dapat menjadi pemangkin dalam meneruskan keamanan,kemantapan dan kemakmuran negara.Kita turut berbangga dengan kehadiran sistem telekomunikasi ( 3G ) ,hotspot WI yang merupakan antara teknologi yang menembusi pasaran terkini.Antara langkah-langkah yang di ambil bagi memastikan golongan pemangkin negara ini untuk mendapatkan pendedahan ICT yang terbaik ialah:
1.Peranan yang di mainkan oleh pihak kerajaan akan sentiasa membantu golongan -golongan pemangkin negara ini untuk maju seperti dengan memperkenalkan pelan jalur lebar kebangsaan telah membolehkan kadar celik internet meningkat tahun demi tahun.
2.Langkah kerajaan membestarikan semua sekolah dengan menyediakan pelbagai kemudahan dapat memberi pendedahan awal di sekolah dan ianya amat penting agar generasi akan datang dapat mengharungi cabaran modenisasi.
3.Peranan yang di mainkan oleh pihak pengajar di sekolah iaitu denan memberi galakkan dan merancang sebarang aktiviti pembelajaran yang menggunakan ICT untuk memastikan aktiviti yang di laksanakan memberi input yang baik kepada pelajar.
4.Peranan yang di mainkan oleh ibubapa juga amat penting dengan memberikan galakkan dan pendedahan awal kepada anak-anak merka di rumah dalam penggunaan IT .
5.Peranan yang di mainkan oleh golongan muda itu sendiri penting iaitu mereka juga perlu berani untuk menyerap perubahan dan berdaya tahan tinggi di dalam mengharungi dunia yang serba moden.